Pages Navigation Menu

IKRAR PELAJAR

Majlis Ikrar Pelajar telah diadakan buat julung kalinya bagi memupuk semangat cinta dan sayang akan sekolah dalam kalangan murid SMk Damansara Utama. Ikrar Pelajar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama murid dalam sekolah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Murid-murid juga dapat mengingatkan  diri tentang tanggungjawab mereka terhadap sekolah, masyarakat dan negara. Majlis Pelancaran Ikrar Pelajar telah dijalankan pada 9 Januari 2012. Semenjak pelancaran tersebut, semua murid SMKDU akan melafazkan Ikrar Pelajar setiap minggu apabila mengadakan perhimpunan rasmi pada hari Isnin.