Pages Navigation Menu

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Minggu Sekolah Selamat telah diadakan dari 20 Februari 2012 hingga 24 Februari 2012. Persekitaran sekolah yang selamat akan mewujudkan warga sekolah yang sihat, mental yang positif dan mampu memberi tumpuan yang baik semasa proses pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Iklim sekolah yang selamat akan meningkatkan keyakinan dan kesungguhan murid untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kemenjadian murid.

 

Tema Minggu Sekolah Selamat adalah ‘Utamakan Keselamatan Demi Kesejahteraan’.

Program-program yang dijalankan sepanjang minggu tersebut adalah:

1.Ceramah Pencegahan Kebakaran oleh Pusat Pencegahan Kebakaran

2. Ceramah  Anti Buli dan Anti Jenayah oleh Pegawai Polis seranta , Inspektor Fazli Abd. Rahman

3. Pertandingan Melukis Poster

4. Kuiz Keselamatan

5. Latihan Kebakaran

6. Peyelenggaraan dan servis alat pemadam api

7. Mini Pameran oleh PDRM