Pages Navigation Menu

KEM PEMBANGUNAN INSAN

Kem Pembangunan Insan merupakan salah satu Program Guru Penyayang SMKDU yang dianjur bersama oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan PIBG. Program ini telah berlangsung selama dua hari satu malam pada 9 dan 10 April 2012 dan bertempat di Kem Wirajaya, Sungai Congkak, Hulu Selangor.

Seramai 84 murid Tingkatan 3, 4 dan 5┬átelah terpilih untuk menjalani program tersebut. Guru-guru kaunselor, Pn. Chang Keng Fun, Pn. Catherine Thomas, Pn. Noor Saimatulaliza serta PK HEM, Pn. Ooi Siew Bee telah mengetuai rombongan tersebut. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti motivasi diri, semangat bekerja sepasukan, rasa cintakan keluarga dan sekolah, belajar cara memasak, ‘hiking’ , latihan tabah diri dan sebagainya. Murud-murid yang menyertai program tersebut telah dapat mengenal diri mereka dengan lebih mendalam dan pengalaman ini pasti akan mendatangkan kesan positif pada kehidupan murid-murid pada masa akan datang.