Pages Navigation Menu

Perkhemahan Integrasi Perdana Peringkat Kebangsaan Kebitaraan Kokurikulum.

                   Perkhemahan Integrasi Perdana Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 25 hingga 27 Mei 2012. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Kem Wirajaya Forest Resort,Batu 20, Hutan Simpan Sg. Congkak, Hulu Langat. Perkhemahan ini terdiri daripada 77 orang peserta gabungan pelajar-pelajar SMKDU, SMK (P) Tinggi Melaka and SMK (P) Sultan Abu Bakar Johor. Perkhemahan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Darwishah bin Osman AJK PIBG ( Ketua Biro Kokurikulum)

Objektif program

  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli pasukan beruniform di peringkat kebangsaan.
  • Mengajar ahli-ahli supaya berdikari terutamanya ketika berhadapan dengan masalah.
  • Menanamkan kemahiran pertolongan cemas, ikhtiar hidup serta kebolehan pandu arah dalam jiwa ahli-ahli supaya mereka dapat menolong dan member sumbangan terhadap masyarakat.
  • Melahirkan peserta yang tahan lasak.
  • Menggalakkan integrasi antara pelbagai kaum.
  • Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong antara pelajar-pelajar
  • Mencungkil dan menanam ciri-ciri kepimpinan  dalam sanubari para pelajar.

                 Majlis penutup telah diadakan pada 27 Mei 2012. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa. Seterusnya, diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh pengetua, Puan Hajah Zulaika binti A.Rahman. Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Darwisha bin Osman. Majlis penyampaian hadiah dan sijil berjalan lancar yang disempurnakan oleh Encik Darwisha.

                Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK (P) Tinggi Melaka, pengetua SMK (P) Sultan Abu Bakar Johor dan Encik Darwishah bin Osman.