Pages Navigation Menu

UMCARES EARTH WEEK 2012

PROGRAM “UMCARES EARTH WEEK 2012” ANJURAN PUSAT JARINGAN MASYARAKAT UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

 

Pada 21 Mei 2012 seramai 37 orang murid Asrama SMKDU  dan 2 orang guru telah menghadiri Program “UMcares Earth Week 2012” Anjuran Pusat Jaringan Masyarakat Universiti Malaya Kuala Lumpur.

 

Objektif program ini ialah

  • Murid-murid dapat mengenali jenis-jenis tumbuhan dan haiwan yang perlu dilindungi.
  • Memupuk murid-murid mempunyai semangat cinta akan alam sekitar .
  • Menyemai perasaan sayang terhadap tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar dalam diri murid-murid.

Apabila murid-murid sampai di Rimba Ilmu Universiti Malaya, mereka telah diberi penerangan oleh AJK bertugas mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan keburukan akan berlaku jika manusia mengabaikan alam sekitar.

Selain itu, murid-murid dibawa mengelilingi Taman Rimba Ilmu yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok yang hampir pupus jika tidak dijaga. Murid-murid diberi penerangan oleh AJK Pencinta Alam mengenai kelebihan dan khasiat setiap tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Taman Rimba Ilmu. Di samping itu, murid-murid juga telah dibawa ke galeri tumbuh-tumbuhan untuk mereka mendapat ilmu dengan lebih teperinci. Murid-murid begitu teruja dan berpendapat program ini telah memberikan mereka satu ilmu yang amat berguna mengenai alam sekitar.

Secara keseluruhan program ini dapat dijayakan dengan lancar dan memberi maklumat kepada semua murid. Semoga dengan adanya program seumpama ini diharap murid-murid dapat meningkatkan jati diri dan sahsiah diri dalam membentuk peribadi yang sempura selain mencintai dan menghargai alam sekitar