Pages Navigation Menu

WORLD SCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2013

Pada 27 Januari 2013 hingga 6 Februari 2013 dua orang murid dari SMK Damansara iaitu Aaron Luke (5 Cengal) dan Tan Tse Hao (5 Belian) telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Worlds School Debating Championship 2013  yang telah diadakan di World of Wonders Topkapi Palace Hotel, Antalya, Turki. Pasukan Malaysia telah berjaya menjadi pasukan terbaik ke-18 keseluruhan daripada 50 negara yang menyertai. Aaron Luke juga telah berjaya menjadi pendebat terbaik ke-4 bagi kategori ESL dan pendebat terbaik ke-27 keseluruhan.