Pages Navigation Menu

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DAMANSARA UTAMA KALI KE-19 TAHUN 2016

Semua Ibu bapa/ Penjaga

 

Y.Bhg Tan Sri/ Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan

 

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DAMANSARA UTAMA

KALI KE-19 TAHUN 2016

                                                                                                                                               

           

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. Untuk makluman tuan/puan temasya sukan tahunan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

            Tarikh                :  17 Julai 2016 ( Ahad)

            Masa                   :  7.00 pagi – 2.00 petang

            Tempat               :  Stadium Pusat SukanUniversiti Malaya.

            Tarikh                : 18 Julai 2016 (Isnin) sekolah cuti peristiwa.

           

  1. Seluruh warga SMK Damansara Utama menjemput semua ibu bapa/ penjaga untuk bersama-sama memeriahkan majlis di atas. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga untuk menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak-anak.Kejohanan Balapan dan Padang dijangka berakhir pada pukul 2.00 petang.

 

  1. Pelajar-pelajar sekolah hanya dibenarkan memakai pakaian rumah sukan masing-masing. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian tidak akan dibenarkan masuk ke stadium.

 

Segala kerjasama daripada pihak Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Datin/ tuan/puan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

 

(HJH. ZULAIKA BT A. RAHMAN)

Pengetua

SMK Damansara Utama

Sekolah Kluster Kecemerlangan