Pages Navigation Menu

HARI PENETAPAN TARGET TINGKATAN 2, PT3 & SPM TAHUN 2018

Kepada
Semua ibu bapa /penjaga Tingkatan 2, 3 & 5

Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

HARI PENETAPAN TARGET TINGKATAN 2, PT3 & SPM TAHUN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Damansara Utama akan mengadakan Hari Penetapan Target seperti ketetapan berikut:
Tarikh 23 Febuari 2018 (Jumaat)
Masa 8.00 pagi  – 8.10 pagi (Ucapan Pengetua)
8.10 pagi – 8.30 pagi (Taklimat PBS)
8.30 pagi  – 10.00 pagi (Sesi Penetapan Target)
10.00 pagi – 10.30 pagi (rehat)
10.30 pagi – 12.00 tengah hari (Sesi Penetapan Target)
Tempat Dewan Sri Budiman

2. Hari Penetapan Target dilaksanakan bagi memenuhi objektif berikut :-

2.1 Membincangkan prestasi dan menetapkan target pencapaian akademik murid –murid dengan ibu bapa.
2.2 Membincangkan cara-cara untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah
murid-murid.
2.3 Memberikan kesempatan kepada ibu apa bertemu dengan guru – guru serta mengeratkan hubungan silaturrahim

3. Kehadiran Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan amat dialu-alukan. Semoga kita dapat berbincang demi kecemerlangan anak-anak kita dalam usaha melahirkan insan yang cemerlang selaras dengan hasrat  Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Sekian, terima kasih .

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “