Pages Navigation Menu

ACADEMIC

SMK Damansara Utama mendapat taraf sekolah kluster pada tahun 2009. Kebitaraan yang dipilih ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Kebitaraan Akademik manakala Muzik Tradisional Cak Lempong dan Perkhemahan Unit Beruniform dipilih bagi Kebitaraan Kokurikulum.

Bahasa Melayu dipilih bagi salah satu kebitaaraan akademik kerana penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid seharusnya diberi perhatian yang serius agar mereka mampu mengangkat bahasa Melayu sebagai satu wadah ilmu di persada antarabangsa selaras dengan konsep satu Malaysia yang digarapkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, diharapkan bahasa Melayu mampu mengukuhkan perpaduan antara kaum.

Bahasa Inggeris pula dipilih sebagai salah satu kebitaraan akademik kerana untuk bersaing dan menghadapi cabaran globalisasi yang semakin sengit, murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berbahasa Inggeris yang efektif.  Kemahiran berbahasa ini akan membuka peluang mereka untuk menerokai pelbagai bidang pengajian tinggi dan seterusnya merebut peluang pekerjaan yang setanding dengan kemahiran dan kebolehan mereka.