Pages Navigation Menu

Pengakap

Pasukan beruniform merupakan salah satu komponen wajib yang perlu dipilih oleh pelajar dalam memenuhi prinsip pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Dalam hal ini, pihak sekolah sudah pasti menyediakan program dan kemudahan untuk pasukan beruniform melaksanakan aktiviti dan program untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam pasukan beruniform. Asas kepada kecemerlangan murid dalam aktiviti pasukan beruniform di peringkat sekolah akan melonjakkan kualiti diri murid di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Menyedari hakikat inilah, maka pihak sekolah telah memilih pasukan unit beruniform Pengakap sebagai kebitaraan (‘niche area’) berdasarkan kepada penglibatan yang aktif dan pencapaian murid dalam pasukan beruniform ini di semua peringkat.

 

Aktiviti Kebitaraan Pengakap

1. Kem Integrasi Perdana 2012

2. Khidmat Masyarakat – Program Kitar Semula

3. Pengakap Raja SMKDU