Pages Navigation Menu

DISIPLIN

DISIPLIN CEMERLANG SMKDU GEMILANG

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH

MATLAMAT

Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik dalam kalangan pelajar sekolah.

WAKTU PERSEKOLAHAN

SESI PAGI

Perhimpunan bermula pada 7.20 pagi setiap hari.

Tingkatan 1 dan 2

Isnin dan Selasa            7.20 pagi – 2.30 petang

Rabu                                7.20 pagi – 1.10 petang

Khamis                           7.20 pagi – 2.30 petang

Jumaat                           7.20 pagi – 12.30 tengah hari

 

Tingkatan 3 

Isnin                                  7.20 pagi – 2.30 petang

Selasa & Khamis            7.20 pagi – 1.50 petang

Rabu                                 7.20 pagi – 1.10 petang

Jumaat                            7.20 pagi – 12.30 tengah hari

 

Tingkatan 4 dan 5

Isnin dan Selasa            7.20 pagi – 2.30 petang

Rabu                                7.20 pagi – 1.10 petang

Khamis                           7.20 pagi – 1.50 petang

Jumaat                           7.20 pagi – 12.30 tengah hari

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

LELAKI

Pelajar lelaki dikehendaki memakai seluar panjang.

Warna bagi seluar panjang adalah hijau kehitam-hitaman(dark olive).

 

Tali pinggang, diwajibkan dan tali pinggang itu mesti berwarnahijau kehitam-hitaman. Kepalanya tidak besar atau berhias lebar tali pinggang tidak melebihi 4sm.

Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek.

Pelajar diwajibkan memakai kasut kanvas, bertapak getah dan berwarna hitam.

Pelajar diwajibkan memakai stokin berlogo sekolah berwarna putih melebihi buku lali.

PEREMPUAN

‘Pinafore Tunic’

Pelajar perempuan boleh memakai Pinafore Tunic berwarna turquoise’ dan labuhnya hendaklah sampai ke paras lutut.

Blouse dikehendaki berwarna putih dan berlengan.

Baju Kurung dan Kain Sarung

Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna ‘turquoise’. Pelajar yang memakai baju kurung mesti mempunyai pesak mengancing leher bajunya dengan kemas dan labuh melebihi punggung. Pelajar perempuan yang memakai baju kurung mesti memakai ‘camisole’ sampai paras pinggang.

Tudung / Mini Telekung

Jika memakai tudung/mini telekung mestilah berwarna putih dan berbentuk tiga segi dua.

IDENTITI SEKOLAH

Pelajar-pelajar mesti mempunyai tanda-tanda identiti sekolah berikut:

Tanda nama di sebelah kiri di atas saku baju.

Lencana sekolah di sebelah kiri di atas tanda nama.

Tanda Petaling mesti dipakai di hujung kolar sebelah kiri (untuk pelajar sesi pagi sahaja).

 Memakai tali leher sekolah pada setiap hari Isnin, pada bila-bila masa diadakan lawatan di luar sekolah atau apabila diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

KEKEMASAN DIRI

1. RAMBUT PELAJAR LELAKI:

(i) Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang.

a) Di belakang-Rambut tidak boleh jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.

b) Di Depan-Rambut tidak boleh menutup garisan tengah dahi

c) Di Sebelah-Rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau sebahagian

daripadanya.

:’Sideburn’ tidak boleh melebihi garisan tengah telinga.

d) Di atas-Rambut tidak boleh melebihi 5cm panjang.

2. MISAI / JANGGUT LELAKI

(i) Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau berjambang (kecuali yang beragama Sikh).

3 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

3.1 Rambut Pendek

(i) Pelajar perempuan yang berambut pendek hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu.

3.2 Rambut Panjang

(i) Pelajar perempuan yang berambut panjang.

a) Dikehendaki mengikat rambut supaya tidak jatuh ke bahu.

Ikat rambut sebagai toceng (plait).

Ikat rambut sebagai ‘ponytail’ dengan menggunakan pengikat rambut berwarna hitam sahaja.

4. PERHIASAN DAN DANDANAN

Pelajar tidak dibenarkan ‘dye’, tint, spray, bleach atau gel rambut.

Pelajar tidak dibenarkan bersolek.

Pelajar dilarang memakai sebarang hiasan seperti cincin, gelang, rantai, loket.

Kuku mesti pendek dan bersih. Tidak dibenarkan mewarnakan kuku.

Pelajar perempuan dibenarkan memakai sepasang subang yang sama dan saiz tidak melebihi saiz biji lada.

BARANG LARANGAN / RAMPASAN

Alat komunikasi

a. telefon bimbit (handphone)

b. alat kelui ( pager)

Barang kemas atau Barang Perhiasan Larangan

a alat-alat solek

b. minyak wangi

c. varnis kuku, inai, “henna”

d. cermin mata gelap, kanta mata berwarna / ‘contact lenses’ berwarna

e. barang kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket dan tali berwarna

Pakaian larangan

a. semua jenis kemeja ‘T’ bukan sekolah, persatuan, kelab atau pakaian seragam

b. tali pinggang yang lebar daripada 3 cm, kepala dan ekor yang berhias

c. stokin berwarna dan pendek.

d. kasut kulit berwarna dan kasut sukan ( kecuali latihan sukan , kelab dan permainan)

e. semua jenis topi

Alat audio-video

a. cakera padat (CD), cassettes, pita video

b. ‘walkman’, MP3, I-POD

c. headphone

SILA AMBIL PERHATIAN

1. Barang larangan yang dirampas tidak boleh dituntut / dipulangkan

2. Barang larangan yang berharga akan diserahkan kepada Pengetua dan hanya akan dipulangkan kepada pihak ibu bapa.