Pages Navigation Menu

LENCANA SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH

 

Warna Lencana  Sekolah

Merupakan warna rasmi Bendera Malaysia yang melambangkan identiti negara kita.

 

Obor  Menyala

Nyalaan merah melambangkan keberanian, ketegasan dan sikap disiplin yang tersemai dalam jiwa para pelajar SMKDU.

Bunga Padi

Melambangkan makanan ruji rakyat Malaysia yang dapat menjamin

kesihatan dan kesejahteraan para pelajar SMKDU.

Rupa bentuk Daun Sirih

membawa maksud kecantikan dan keunikan sekolah.

Tahun 1989/1409

merupakan tahun pembukaan SMKDU iaitu permulaan suatu

impian demi melahirkan generasi pelajar yang baik

Cogan kata Berfikir Asas Kebijaksanaan

dicetak dalam warna hitam untuk menegaskan kepentingan

kemahiran berfikir untuk mencapai kejayaan

Rupa Buku Terbuka

Menunjukkan sifat gigih dan tekun para pelajar SMKDU

dalam usaha menimba ilmu pengetahuan demi mencapai kejayaan.

           Rupa Tiga Bulatan

Melambangkan keharmonian antara tiga kaum rasmi Malaysia,

iaitu Melayu,Cina dan India

Roda Bergigi

Melambangkan kemajuan dan kepentingan sains dan teknologi