Pages Navigation Menu

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama (SMKDU) mulai dibina  pada tahun 1987 dan siap pembinaanya pada Disember 1988.

Sesi persekolahan  pertama dimulakan pada 3 Januari 1989. Keluasan kawasan sekolah kira-kira 5.9 hektar dengan kemudahan –kemudahan sebuah padang sekolah,tapak perhimpunan,enam blok bilik darjah ,sebuah kantin dan tempat letak basikal.

Pada masa penubuhan sekolah ini hanya terdapat 7 kelas Tingkatan 1 dan 4 kelas peralihan dengan jumlah murid 440 orang. .Enrolmen sekolah kian meningkat sehingga 2500 orang murid pada tahun 2001. Sejak Pembukaan 4 buah sekolah baru yang lain di kawasan Damansara, Sebilangan murid dari kawasan Bandar Utama telah ditempatkan ke sekolah baru ,maka bilangan  pelajar telah dikurangkan .Enrolmen kini ialah 1651 orang murid.

Lencana sekolah mula diperkenalkan dan diedarkan pada bulan April 1989 .Lencana sekolah adalah rekaan pelajar-pelajar dalam kelas peralihan dan kelas Tingkatan 1 pada 1989.

Lagu sekolah pula dicipta pada 1990 oleh tiga orang pelajar Tingkatan Dua SMK Damansara Utama iaitu ,Grace Yeong,Ng Sook Wah dan Cynthia Lim .

Majalah sekolah telah diterbitkan sejak sekolah mula ditubuhkan pada tahun 1989.Majalah sekolah telah dinamakan sebagai “Memori”.

Bilik darjah tambahan dibina  di Blok C pada tahun 1990.Pada April 1991,dua blok asrama serta sebuah gelanggang bola keranjang dibina.Pembinaan Dewan sekolah oleh Kerajaan Negeri Selangor dimulakan pada Disember 1991 dengan kosnya sebanyak RM 1.5 juta dan disiapkan pada Disember 1992.Bengkel Kemahiran Hidup  dibina pada tahun 1993.Dalam bulan Februari 1995 tembok simen sekolah dibina.

Dalam tempoh permulaan dari 1989 hingga 1994, sekolah ini telah diketuai oleh 4 orang pengetua.

Kawasan persekitaran sekolah bertambah ceria dan indah , pemuafakatan dengan ibu bapa ,PIBG

telah membolehkan sekolah membina lanskap seperti kolam ikan,TamanJepun,Gazebo dan taman-taman untuk mewujudkan sebuah sekolah yang berciri selamat,aman ,ceria dan kondusif .

Pada tahun 1998,blok bengkel kemahiran hidup kayu telah dimusnahkan dan pada tahun 1999,pembinaan blok G dimulakan .Blok G telah disiap pada 2000 dilengkapi dengan   bengkel kayu,Bengkel Paip,Bengkel Enjin , bengkel Elektik, dan 6 buah bilik darjah .

Laluan Multimedia Koridor juga telah dibina untuk mengkaitkan  blok C,D dengan Blok E dan G.

Pada tahun 2002, berikutan lawatan kerja Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad 3 buah makmal sains Tulen telah dibina. Enam  buah  bilik darjah di blok C telah diubahsuai menjadi tiga buah  makmal Tulen baru. Penambahan makmal sains bertujuan mencapai Dasar 60:40 dalam bidang Pengkhususan Sains dan Sastera.

Pada tahun 2005,SMK Damansara Utama telah menerima Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Bandar Peringkat Negeri Selangor dan akan mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan.Jabatan Pelajaran Selangor telah  membantu mengecat bangunan sekolah pada Disember 2005.

Pada tahun 2008 sebuah    makmal komputer telah siap dibina oleh KPM.  Pada tahun 2006, SMKDU memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara ( Naib Johan peringkat Kebangsaan).  Pada tahun 2009 SMKDU dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3 oleh KPM

 

SENARAI PENGETUA

En. Nazar bin Deruwish                       :  1989 – 1990

Pn. Nurhani bt Hj Mohd Saaid         :  1990 – 1992

En. Mokhtar bin Taib                         :  1992 – 1993

Tuan Hj. Mohamad Bin Hj. Taib      :  1993 – 1995

Pn. Hjh.Salmah binti Mat Isa            :  1995 – 2005

Pn. Hjh. Norsham binti Baharudin:  2005 – 2011

Pn. Hjh Zulaika binti A.Rahman       :  2011 –  Kini